Khamis, 26 Ogos 2010

Terengganu bebas miskin tegar menjelang 2012

Pendapatan golongan terima kurang RM200 sebulan dipertingkat

KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka bebas sepenuhnya daripada masalah kemiskinan terutama miskin tegar menjelang 2012, sekali gus mengubah landskap ekonomi golongan itu yang sebelum ini hidup dengan pendapatan kurang RM200 sebulan.

Jumaat, 16 Julai 2010

Suasana sayu iringi pertemuan semula bekas pelajar SRTM

Jertih: Pertemuan semula dengan rakan yang sudah lama terpisah, samada  ketika di bangku sekolah, universiti dan tempat kerja selalunya akan mewujudkan suasana harmoni dan syahdu sekaligus mencipta seribu kenangan.
        Justeru, ada pihak yang sanggup bersusah payah berusaha mencari rakan dan kenalan lama terpisah untuk membina semula silaturrahim dengan pertemuan semula, biarpun berlangsung hanya seketika.
        Apbila pertemuan sebegitu berlangsung, sudah pasti banyak kisah lama yang terungkit kembali dan tanpa disedri sudah pasti ramai yang tidak dapat menahan perasaan dan air mata tidak dapat dibendung lagi.
       Itulah sebahagian daripada suasana yang dirakam pada program Jejk Kasih 33 Tahun Sekolah Rendah Tengku MAhmud (SRTM) di sini, anjuran Alumni SRTM 1972-1977 yang diadakan di sebuah restoren Kampung Air Tawar dekat sini baru-baru ini.

Selasa, 6 Julai 2010

Timur: Kubur tak terurus
Oleh Fadhli Yusry

2010/07/07

Kawasan perkuburan Jalan Pengadang Baru dikhuatiri jadi sarang binatang liar

KUALA TERENGGANU: Tanah perkuburan di Jalan Pengadang Baru, dekat sini kini terbiar dan dipenuhi semak dibimbangi menjadi tempat binatang berbisa seperti ular dan kala jengking membiak sehingga mengancam keselamatan penduduk.

Penduduk kawasan terbabit berharap pihak pengurusan tanah perkuburan yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi membersihkan tanah perkuburan itu.

Timur: Sebulan tiada air


Oleh Suhaidi Mohamed Amin

2010/07/06

Penduduk Felda Neram Satu guna air telaga, sungai untuk kegunaan harian

SERI BANDI: Sejak hampir sebulan lalu, lebih 2,000 penduduk di Felda Neram Satu di sini hidup seperti zaman sebelum merdeka apabila terpaksa kembali menggunakan air telaga dan sungai selepas bekalan air paip ke kawasan itu terputus.

Sabtu, 26 Jun 2010

Khamis, 24 Jun 2010

Timur: Kolam air panas terbiar

2010/06/24

Sikap pengunjung abai kebersihan jejas kawasan riadah

HULU BESUT: Kolam air panas di Kampung La, di sini, memang tersohor sebagai destinasi riadah terutama pada hujung minggu untuk merasai kenikmatan air hangat yang dikatakan boleh mengubat penyakit kulit, tetapi keadaan persekitaran kolam yang terbiar, kotor dan berselerak menyebabkan pengunjung ‘sakit mata’.
Ahmad Said rombak portfolio EXCO

2010/06/25
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam mengumumkan pertukaran lima portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bagi memantapkan jentera eksekutif dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pertukaran portfolio yang tidak membabitkan sebarang pengguguran itu berkuat kuasa 1 Julai ini dan surat arahan pertukaran kepada pengerusi portfolio sudah dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Ahmad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang sebelum ini disandang oleh Yahya Khatib Mohamad akan digantikan oleh Datuk Za'abar Mohd Adib sementara Yahya akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri.
Portfolio itu sebelum ini dijawat oleh Ashaari Idris yang kini dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Negeri yang sebelum ini disandang oleh Za'abar akan digantikan oleh Datuk Rahin Mohd Said.

Tempat Rahin yang sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, akan digantikan Rozi Mamat yang sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

Pertukaran ini diharap dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru dan ia adalah satu proses pengupayaan yang berterusan bagi barisan EXCO kerajaan negeri.

Saya percaya gandingan semua barisan EXCO yang terbabit dengan penyusunan semula ini dan yang kekal dengan portfolio masing-masing akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha kerajaan negeri untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan, katanya.
Ahmad Said rombak portfolio EXCO

2010/06/25
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam mengumumkan pertukaran lima portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bagi memantapkan jentera eksekutif dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pertukaran portfolio yang tidak membabitkan sebarang pengguguran itu berkuat kuasa 1 Julai ini dan surat arahan pertukaran kepada pengerusi portfolio sudah dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Ahmad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang sebelum ini disandang oleh Yahya Khatib Mohamad akan digantikan oleh Datuk Za'abar Mohd Adib sementara Yahya akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri.
Portfolio itu sebelum ini dijawat oleh Ashaari Idris yang kini dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Negeri yang sebelum ini disandang oleh Za'abar akan digantikan oleh Datuk Rahin Mohd Said.

Tempat Rahin yang sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, akan digantikan Rozi Mamat yang sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

Pertukaran ini diharap dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru dan ia adalah satu proses pengupayaan yang berterusan bagi barisan EXCO kerajaan negeri.

Saya percaya gandingan semua barisan EXCO yang terbabit dengan penyusunan semula ini dan yang kekal dengan portfolio masing-masing akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha kerajaan negeri untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan, katanya.

Jumaat, 11 Jun 2010

30 tahun minum air sungai

2010/06/11
RAHMAN menunjukkan pam yang digunakan untuk menyedut air sungai yang keruh untuk kegunaan harian kerana tiada bekalan air bersih.
RAHMAN menunjukkan pam yang digunakan untuk menyedut air sungai yang keruh untuk kegunaan harian kerana tiada bekalan air bersih.
Lapan keluarga di Kampung Machang Panching tidak dapat kemudahan asas

KUANTAN: Lapan keluarga di Kampung Machang Panching dekat sini, terpaksa mengambil risiko meminum air sungai yang keruh dan berlumpur kerana bekalan air bersih yang dijanjikan untuk mereka sejak hampir 30 tahun lalu, belum tertunai.
Walaupun kemudahan paling asas itu sudah lama dinikmati penduduk di kawasan berkenaan, namun bagi lapan keluarga itu, mereka terus menanti janji yang tidak pasti bila akan dikotakan.
Agak menghairankan, apabila tiga rumah yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari rumah mereka, mendapat kemudahan bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air (JBA) sejak lebih 20 tahun lalu.

Seorang penduduk, Rahman Musa, 64, berkata sudah empat kali pihak JBA datang membuat tinjauan dan mengukur jarak paip ke setiap rumah di kawasan berkenaan, namun sehingga kini projek pemasangan paip masih belum bermula.

“Kali terakhir mereka datang mengukur pada November lalu, saya pernah mengemukakan isu ini kepada pihak JBA, namun mereka sendiri tidak pasti bila sambungan itu akan dilaksanakan kerana kosnya dianggarkan RM95,000.

“JBA memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai peruntukan kewangan walaupun jarak sambungan itu hanya 500 meter sedangkan sambungan kepada tiga rumah berhampiran jalan utama, membabitkan jarak empat kilometer, mampu pula dilaksanakan JBA,” katanya.
Akibatnya, penduduk terbabit terpaksa bergantung kepada air Sungai Kenau sebagai sumber bekalan air untuk minum dan keperluan harian walaupun kualiti air sungai berkenaan diragui kebersihannya kerana pencemaran.

Bagaimanapun, mereka tiada pilihan lain, malah terpaksa mengeluarkan kos tambahan membina saluran paip dari sungai ke rumah dan membiayai kos bahan api jentera pengepam air itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Pesar, Datuk Abdul Manan Ismail ketika diminta mengulas isu itu berkata pihaknya akan merujuk masalah itu kepada JBA Pahang sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Status kerja mengorek pasir di tebing Sungai Kenau itu juga akan disiasat bagi memastikan kontraktor terbabit menjalankan kerja berkenaan dengan mematuhi syarat alam sekitar yang ditetapkan Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan.

“Diharap penduduk dapat bersabar sementara saya mendapatkan maklum balas dari semua pihak terbabit kerana isu air paip ini dianggap serius memandangkan bekalan air bersih adalah infrastruktur paling asas bagi setiap penduduk,” katanya.
Taman busuk
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

2010/06/09
Penduduk hidup dalam persekitaran tak sihat sejak lebih 10 tahun

PAKA: Sejak lebih 10 tahun lalu, penduduk Taman Paka Indah, Kampung Gemia, di sini, terpaksa hidup dalam persekitaran kurang sihat dan menghidu bau busuk akibat sistem saliran tersumbat sehingga mengundang pelbagai penyakit terutama demam denggi.
Keadaan itu berpunca daripada longkang tersumbat berikutan tiada saliran untuk air longkang keluar cukup menjejaskan keselesaan lebih 60 keluarga di perumahan itu, yang sudah tidak mampu lagi bersabar berdepan masalah itu.
Tinjauan Edisi Timur mendapati, longkang berhampiran rumah penduduk yang dibina pihak pemaju di sekeliling perumahan itu tidak dapat mengalir keluar menyebabkan longkang dipenuhi air berbau busuk dan berkeladak, malah lebih menyedihkan sehingga melimpah ke atas jalan.

Penduduk, Manan Osman, 47, berkata selama lebih 10 tahun bersabar, mereka sudah tidak boleh bertahan dan menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah itu dengan segera.

“Berdepan dengan masalah bau busuk bukanlah masalah baru kepada penduduk di sini kerana sudah lebih 10 tahun masalah ini berlaku, sejak perumahan ini dibuka.

“Penduduk tiada pilihan untuk mengelak daripada menghidu bau busuk air longkang. Apa yang boleh dibuat, hanya menutup tingkap dan pintu rumah sepanjang masa.
“Aduan kami tidak diendahkan pihak berkenaan. Kami merayu supaya mereka segera mengambil tindakan,” katanya.

Penduduk, Husin Malek, 44, berkata, keadaan menjadi bertambah teruk apabila hujan menyebabkan air longkang yang melimpah ke atas jalan mengeluarkan bau busuk hingga ke dalam rumah.

“Keadaan jalan yang becak dengan air longkang yang dipenuhi air kotor kehijauan dan berbau busuk meresahkan penduduk. Sudahlah terpaksa menghidu bau busuk, malam hari pula berperang dengan nyamuk Aedes yang cepat membiak dalam air bertakung di longkang itu,” katanya.

Penduduk, Fatimah Hasan, berkata, penduduk tinggal dalam keadaan tidak selesa dan bimbang lebih-lebih lagi pada musim hujan dengan kehadiran lalat yang boleh mencemarkan bahan makanan dan minuman,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gemia, Mustofa Ismail, 70, berkata, beliau beberapa kali membangkitkan masalah yang dihadapi penduduk kepada PBT, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian diambil bagi mengalirkan air longkang yang bertakung di sekeliling kawasan perumahan itu.

“Kami difahamkan, masalah ini tidak dapat diselesaikan kerana tiada tanah rizab kerajaan untuk dibina longkang jejari dan ketiadaan longkang utama untuk pengaliran air ke Sungai Paka,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan difahamkan akan melantik syarikat perunding bagi membuat kajian pembinaan longkang jejari untuk mengalirkan air bertakung.
Masalah banjir berlarutan


2010/06/08
Longkang sempit punca Taman Desa Sentosa, Jabur Kubur dinaiki air

CHUKAI: Sistem perparitan di Taman Desa Sentosa, Jabur Kubur, di sini, yang sempit, tidak teratur dan dipenuhi sampah menyebabkan penduduk taman berkenaan terpaksa menghadapi banjir kilat setiap kali air Sungai Bukit Kuang pasang besar.

Lebih membahayakan dan membimbangkan penduduk setempat, longkang untuk menampung keperluan penduduk di taman itu tidak ditutup dan boleh mengundang padah, jika ia terus dibiarkan dalam keadaan berkenaan.
Berikutan itu, penduduk perumahan berkenaan merayu pihak bertanggungjawab memperbesarkan longkang bagi mengatasi masalah banjir, serta membina longkang konkrit berpenutup bagi menjamin keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang gemar bermain di kawasan berhampiran.
Seorang penduduk, Mohd Fakhri Abdullah, 52, berkata, dia sudah tidak tahan apabila kawasan rumahnya sering dinaiki air setiap kali Sungai Bukit Kuang di belakang rumahnya pasang besar.

Biasanya, air pasang besar pada Disember dan waktu malam menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air setinggi 0.5 meter sehingga barangan berharga rosak, selain ancaman haiwan berbisa seperti ular air yang masuk ke dalam rumah.

Selama 30 tahun tinggal di sini, kami terpaksa berdepan masalah sama saban tahun. Pihak yang bertanggungjawab seperti memejam mata apabila penduduk mengajukan permasalahan itu kepada mereka.

Pelbagai kesulitan yang terpaksa kami tempuhi akibat masalah itu. Apa tidaknya, longkang dan sistem saliran di taman ini tidak teratur dan dibina tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga, katanya ketika ditemui Edisi Timur.
Mohd Fakhri berkata, masalah banjir yang sering dihadapi penduduk Kampung Mak Chili Paya sudah selesai apabila kerajaan membina longkang konkrit besar yang berpenutup, bagaimanapun penderitaan penduduk taman ini dan penduduk Kampung Jabur Kubur masih belum diselesaikan.

Abdul Rahman Mohd Yasin, 57, pula berkata, setiap kali melihat kanak-kanak bermain berhampiran longkang itu, hatinya berasa bimbang jika mereka terjerumus ke dalam saliran berkenaan.

Sudah puas penduduk melarang kanak-kanak bermain berhampiran longkang berkenaan, tetapi biasalah, mereka tetap meneruskan aktiviti menangkap ikan di longkang itu. Maklumlah longkang itu bersambung dengan sungai menyebabkan banyak ikan yang boleh dipancing di situ.

Sehingga kini kejadian yang tidak diingini seperti lemas atau terjatuh ke dalam longkang tidak pernah berlaku, tetapi penduduk bimbang jika ia terus dibiarkan terbuka seperti itu akan mengundang tragedi. Ketika itu, menyesal pun tidak berguna lagi, katanya.

Selasa, 1 Jun 2010

nelayan asing bebas berkeliaran

Lebih seratus penduduk berkumpul menggesa campurtangan pelbagai pihak di Balai Polis Chendering
 

2010/06/02

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan nelayan dan penduduk di Mukim Chendering, di sini berkumpul di hadapan Balai Polis Chendering, semalam meminta campur tangan pihak berkuasa untuk mengekang pergerakan nelayan asing dari Vietnam dan Thailand daripada bergerak bebas di daerah ini

Khamis, 27 Mei 2010

Adun Chukai akan meneruskan saman 1.6 juta

Adun Chukai bertekad meneruskan saman

Chukai, KEMAMAN – Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly bertekad untuk meneruskan tindakannya menyaman kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Daerah Kemaman kerana mendakwa menahannya secara tidak sah lima tahun  lalu.

        Beliau berkata, Esok 26 haribulan yang juga merupakan hari yang ke tahun Masjid Bujal yang didakwa dirobohkan oleh Umno dan BN
       "......dan lebih kurang dalam 2 minggu lagi, ialah sambutan kepada saya yang duduk dalam lokap selama 4 hari.

       ”InsyaAllah, saya akan tetap saman kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara (dan) Ketua Polis (daerah) Kemaman pada waktu itu, Wan Bari,

       ”saya tetap akan saman dengan RM1.6 Juta melalui Tetuan Haris (dan) yang akan mewakili saya ialah Tun Salleh Abbas,”tegasnya selepas Majlis Penerangan Isu Semasa, di sini semalam.

Rabu, 26 Mei 2010

Berita Terengganu

KRONOLOGI PERISTIWA :

Pada 11hb April 2009, YAB Dato’ Ahmad b. Said, Menteri Besar, membuat kenyataan dalam Sinar Harian dan di nota kaki TV 1, dengan secara prejudis mendakwa kononnya ADA USAHA DARIPADA ADUN-ADUN BN MEMBUAT PAKATAN UNTUK MENGEMUKAKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR di dalam sidang dewan kali ini dan beliau ‘memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin serta dipecat daripada ADUN’. (Nota Kaki TV 1 jam 5.30 petang 11 April berbunyi : ”MB Terengganu Dato’ Ahmad Said : Anggota Dewan Undangan Negeri BN yang bawa usul tidak percaya kepada beliau bakal diambil tindakan disiplin dan dipecat”).

Pada 12hb April 2009, YB Dato’ Rosol Wahid, selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menafikan laporan tersebut di dalam akhbar Sinar Harian dan menganggap bahawa Menteri Besar membuat dakwaan liar dan tidak berasas kerana takut kepada bayang-bayang sendiri.

3. a) Pada 13hb April 2009 lebih kurang pukul 11.25 mlm YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms ugutan bunuh dari telefon bernombor +31234567890 yang berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” (Laporan Polis K. Berang 647/09).

b) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21 malam, YB Abd Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri telah menerima sms ugutan yang sama kandungan daripada telefon bimbit bernombor 0199158369 yang dipercayai milik Wan Ahmad bin Wan Muda, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu. (Laporan Polis K.Terengganu No.003286/09).

c) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21malam, YB Zakaria @ Ariffin bin Abdullah ADUN Paka juga telah menerima sms yang sama kandungannya daripada telefon bimbit bernombor 0199158369. (Laporan Polis K.Terengganu 003285/09).

4. Akibat daripada SMS ugutan bunuh tersebut, telah menimbulkan ketakutan bukan sahaja kepada ADUN-ADUN yang menerima ugutan tersebut sahaja malah ia menimbulkan ketakutan kepada ADUN-ADUN BN yang lain terutama ADUN penyokong Kerajaan tentang ancaman keselamatan nyawa mereka. Apatah lagi pada sebelah petang hari tersebut 13hb April 2009, difahamkan bahawa pejabat MB telah menghantar sms kerahan kepada orang-orang Kemaman supaya hadir ke Dewan Undangan Negeri pada 14 dan 15 April 2009 untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Said.

5. Hasil penemuan awal yang dibuat, terhadap carian nombor telefon bimbit 0199158369 didapati didaftarkan atas nama Hj W Ahmad SUSK MB, manakala nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti.

6. Pada 14 April 2009 lebih kurang jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terngganu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid bersama-sama 9 lagi ADUN Kelab Penyokong Kerajaan telah berbincang keseriusan ancaman bunuh tersebut dan memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Dewan Negeri pada hari ini sehingga mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa. Apatah lagi pihak ADUN Kelab Penyokong Kerajaan difahamkan bahawa suspek masih lagi berkeliaran bebas dan kehadiran orang ramai di Dewan Undangan Negeri pada hari ini agak luarbiasa.

KESIMPULAN

Kekalutan yang berlaku adalah berpunca daripada dakwaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 11 April 2009 yang antara lain mendakwa kononnya wujud pakatan antara ADUN Barisan Nasional untuk mengemukakan USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR YAB DATO’ AHMAD B. SAID di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini.

Walaupun penafian tentang dakwaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid dibuat, Menteri Besar masih mempercayai usaha tersebut masih ada dan akan dibuat di Dewan Undangan Negeri.

Ekoran daripada ugutan yang dibuat oleh YAB Dato’ Ahmad b. Said pada 8 April 2009 jam 9.30 malam di Kediaman Menteri Besar kepada ADUN yang hadir semasa pre-council, YAB Dato’ Ahmad b. Said terus membuat kenyataan berupa ugutan melalui kenyataan media pada 11 April 2009. Kemuncak siri ugutan tersebut adalah UGUTAN BUNUH melalui sms yang dipercayai daripada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Wan Ahmad Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar. Ugutan bunuh tersebut merupakan suatu ancaman yang amat serius, ancaman keselamatan dan menimbulkan kebimbangan kepada ADUN-ADUN.

Ketidakhadiran ADUN-ADUN ke Dewan Undangan Negeri pada hari ini adalah atas faktor keselamatan, ANCAMAN KE ATAS NYAWA MEREKA (UGUTAN BUNUH) dan tiada kaitan sama-sekali dengan dakwaan ‘boikot’ atau cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Said, yang dibuat oleh pihak yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun ADUN-ADUN berkenaan memberi akujanji untuk menghadiri sidang dewan sekiranya keselamatan mereka terjamin dan pihak yang bertanggungjawab membuat ugutan bunuh tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Sekian terimakasih.

Disediakan oleh YB Alias b. Abdullah
Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu

Bertarikh pada:14 April 2009.
 
sedutan dari; http://jaranganakmelayu.blogspot.com/2009/04/yang-dilaporkan-1.html

 

 

KUALA TERENGGANU, Feb 9 — Sembilan telefon bimbit adalah antara 20 barang bukti yang diterima Mahkamah Sesyen di sini untuk perbicaraan kes menggugut tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu.
Selain itu empat komputer riba turut dijadikan bahan bukti dalam kes Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 38, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang didakwa membuat ugutan jenayah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga Adun Barisan Nasional Terengganu pada April tahun lepas.
Tertuduh turut didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan kepada tiga Adun itu iaitu Adun Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Ajil Datuk Rosol Wahid dan Adun Permasuri Abdul Halim Jusoh dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Saksi pertama kes  Koperal Zulbahari Abdul Manan, 43, dari Cawangan Jenayah dan Stor Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berkata 20 daripada 36 jenis barangan yang diambil daripada tertuduh telah dijadikan bahan bukti dalam kes ini.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz @ Juned berkata seramai 22 orang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.
Terdahulu, ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid, Ahmad Ramzi meminta mahkamah supaya kesnya dibicarakan.
Pada pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya pada pukul 11.21 malam 13 April tahun lepas di E726, Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini Untuk pertuduhan kedua, Ahmad Ramzi didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, pada tarikh, tempat dan waktu sama, dan juga terhadap Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh sama.
Ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan keempat iaitu pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web (ownsmsbiz.com/v1) dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Sabit kesalahan dalam pertuduhan ini, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dijalankan Shahidani dibantu Nor Azimon Azumi dan Ooi Chooi Geok dan tertuduh diwakili peguam bela Datuk Hazman Ahmad, Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud.
Perbicaraan disambung esok. — Bernama
sedutan dari: 

 

 

 

Terengganu had lesen balak sejak 2008


2010/04/09

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan lebih selektif dalam mengeluarkan lesen balak, dan menimbang kemungkinan hanya pengusaha kilang kayu dibenarkan memohon bagi memastikan sumber hutan di negeri ini terkawal.

Serentak itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata pihaknya akan menghentikan pengeluaran lesen balak secara terus mulai Jun depan, dan akan menggantikannya dengan kaedah tender bermula 2011.
Beliau menafikan dakwaan bahawa terlalu banyak lesen balak dikeluarkan kerajaan negeri sehingga harga komoditi itu jatuh, sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.
“Pengeluaran lesen pembalakan dihadkan dan hanya dikeluarkan di kawasan yang akan dijadikan empangan kedua.

“Tidak benar kalau nak kata seolah-olah pembahagian (lesen balak) banyak sangat sampai harga murah. Saya ada angka jika ingin dibuat perbandingan bermula 2003,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, semalam.

Ahmad berkata, sistem tender terbuka itu diperkenalkan bagi memudahkan kerajaan negeri mengawal aktiviti pembalakan ini.

“Sejak menjadi Menteri Besar pada 2008, saya hanya keluarkan lesen pembalakan seluas 6,794 hektar pada 2009 dan 2,845 hektar tahun ini untuk pembinaan empangan kedua yang memerlukan kita menebang hutan,” katanya.
Ditanya tidakkah kerajaan negeri akan menanggung kerugian apabila aktiviti pembalakan dihentikan, beliau berkata, industri itu yang semakin menurun kini bukan pendapatan utama kerajaan negeri.

"Harganya bergantung kepada pasaran. Sekarang ini orang tak ada duit. Yang ada duit saja boleh beli balak. Sebab itulah pembeli yang tak ramai ini boleh kawal harga. Saya tidak ada apa yang hendak dilindungi," katanya.

Ahmad berkata, pada 2003 kerajaan negeri meluluskan sebanyak 33,916 hektar kawasan balak, 2004 (15,698), 2005 (13,369), 2006 (12,406) dan 2007 seluas 14,424 hektar.

Sementara itu, Ahmad berkata, Pulau Redang, yang diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 10 pulau tercantik di dunia akan dijadikan sebagai destinasi pelancongan mewah yang hanya mengalu-alukan kedatangan pengunjung berkemampuan tinggi.

Beliau berkata, langkah itu akan membantu mengawal kedatangan pengunjung yang terlalu ramai sehingga menjejaskan alam sekitar Pulau Redang.




Kalimah Allah pada kotak kek

 

Timur: Projek LPT Fasa 2 siap 2011

2010/04/07

PROJEK Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 di negeri ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2011 dan dijangka dibuka kepada umum awal 2012, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahaya Khatib Mohamad.

Beliau berkata, sehingga 31 Mac lalu, kemajuan projek dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) bernilai RM3.7 bilion itu sudah 64.81 peratus siap.
Katanya, keseluruhan projek itu dilaksanakan dalam 17 pakej dengan projek diselia JKR, merekodkan kemajuan pembinaan 57.75 peratus, manakala 78.11 peratus bagi seliaan LLM.
"Kita dimaklumkan LPT Fasa 2 dijangka dapat digunakan pada awal 2012," katanya menjawab soalan Ramlan Ali (BN-Jabi) pada sidang DUN Terengganu , semalam.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ramlan mengenai banjir yang didakwa disebabkan pembinaan lebuh raya itu, beliau berkata, kerajaan negeri sedar mengenai isu itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menangani masalah itu menerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.

"Kerajaan sedang mengenal pasti tempat yang dinaiki air dan perancangan sedang dibuat untuk mengatasi masalah itu pada masa depan," katanya.
Kepada soalan tambahan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam), beliau berkata, setakat ini empat kontraktor sudah ditamatkan kontrak melaksanakan projek LPT atas persetujuan bersama dengan kerajaan kerana tidak mampu meneruskan projek berikutan peningkatan ketara harga bahan pembinaan.

 

 

Timur: Sidang DUN: 4 punca bumbung stadium runtuh
Laporan Azman Mahmood dan Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my
2010/04/07

Jawatankuasa Penyiasat Bebas dapati reka bentuk tidak memadai: Ahmad Said

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam diberitahu Jawatankuasa Penyiasat bebas kejadian runtuhan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, tahun lalu mengenal pasti empat punca utama runtuhan infrastruktur itu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata hasil laporan jawatankuasa berkenaan mendapati punca utama runtuhan sebahagian bumbung stadium itu disebabkan reka bentuk tidak memadai serta pereka bentuk gagal mengambil kira pertimbangan secukupnya terhadap keadaan penyokong struktur bumbung.
Selain itu, katanya, bumbung tidak dibina sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri, kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak dan bahan serta kualiti hasil kerja tidak memenuhi spesifikasi ditentukan.

Beliau berkata, bentuk binaan serta rentang besar menghasilkan struktur bumbung yang sangat fleksibel serta sensitif kepada pergerakan penyokong struktur kerangka konkrit bertulang yang membentuk 'grandstand'.

Katanya, sifat fleksibel bumbung tinggi dan sensitiviti struktur bumbung kerangka 'space' kepada pergerakan struktur penyokong menimbulkan keperluan kepada analisis reka bentuk lebih terperinci, tetapi tidak dilaksanakan.

"Faktor di atas menyumbang kepada runtuhan, malah ujian makmal awalan ke atas bahan diambil dari struktur keluli yang runtuh mendapati, berlaku kecacatan pada sebahagian kimpalan di antara sesendi dan paip keluli, mutu pembuatan komponen keluli tidak baik dan tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan, selain struktur bumbung dipasang secara tidak diingini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Azman Syed Ahmad (Pas-Batu Buruk) yang meminta penjelasan punca sebenar dan pihak bertanggungjawab terhadap runtuhan bumbung stadium itu pada perbahasan ucapan perasmian Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan DUN Terengganu Ke-12 di sini, semalam.

Menjawab soalan lisan Syed Azman berhubung status terkini stadium itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri mengeluarkan tender melaksanakan kerja pembersihan dan pembaikan runtuhan stadium itu pada 15 Mac dan tarikh tutupnya pada 19 Mac lalu.

Beliau juga mengakui kos pembinaan stadium itu meningkat kepada RM294.7 juta berbanding kos asal RM191 juta dan kontraktor yang terbabit membina stadium itu ialah Bina Struktur Sdn Bhd, Emarcon Sdn Bhd dan Genggam Mercu JV Sdn Bhd, manakala kontraktor utama bertanggungjawab sepenuhnya terhadap runtuhan bumbung stadium itu.

Menjawab soalan Mohd Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong), beliau menafikan berlaku penyelewengan terhadap pembinaan stadium itu.

"Saya bukan jurutera dan serah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (menyiasat)," katanya.

 

 

Timur: Adun Pas sindir Idris, Rosol lama tak berucap


2010/04/07

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut (Pas) semalam, menyindir Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Jertih) dan Datuk Rosol Wahid (BN-Ajil), dengan mengatakan kedua-dua mereka sudah lama tidak berucap dan tidak mengemukakan sebarang soalan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung.

"Kami rindu kerana sudah lama tidak dengar ucapan bekas Menteri Besar (Idris) dan Rosol. Sejak persidangan DUN pertama 2008, Idris dan rakan baik saya, Rosol bukan saja tidak berucap, malah tiada satu soalan pun dikemukakan, kami amat merindui suara Yang Berhormat.
"Kami berjanji, tak akan kacau ketika mereka berdua menyampaikan ucapan, kami hanya nak dengar suara saja," katanya tetapi tidak diendahkan Idris dan Rosol. Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman pada persidangan DUN, semalam.
Ketika menyambung ucapan perbahasan, Abdul Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu meminta kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat beberapa kes runtuhan bangunan di negeri ini seperti pernah dilakukan Idris mengenai isu pembalakan.

Katanya, laporan kertas putih hasil laporan siasatan itu perlu dibentangkan pada persidangan DUN akan datang.

"Terengganu sekarang ini cukup dikenali dengan 'darul runtuh', selepas bumbung Stadium Sultan Mizan (Zainal Abidin) runtuh, bumbung stesen teksi yang baru siap dibina di Kuala Berang pula mengalami nasib sama.

"Kes terbaru membabitkan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akhir bulan lalu.
"Saya sebagai Ahli Parlimen malu apabila rakan di Parlimen sindir mengenai kes runtuhan yang berlaku di negeri ini dan sebab itu saya cadangkan kerajaan negeri tubuhkan jawatankuasa siasatan kertas putih," katanya.

 

Cyber games key to their top scores

2010/04/05
By Satiman Jamin
news@nst.com.my
KUALA TERENGGANU: It may seem like a paradox but top scorers in SK Losong admitted to spending up to six hours a day playing games on their computers.








The pupils, aged between 10 and 11, got approval from their parents and teachers who realised that the games provided a fun way for them to learn.

They were among 240 primary school children from 30 schools in Terengganu who participated in the state-level Malaysian Cybergames Festival 2010 held at the Terengganu state library here on Thursday.

Mardina Mohd Shahiruddin, 10, Nurain Balqis Muhammad Hilmi, 10, Nur Aina Akmal, 11, Wan Muhammad Hafizuddin Wan Latif, 11, and Ahmad Dzul Ikmal Zulkifli, 10, represented SK Losong at the games.

Wan Muhammad Hafizuddin said playing the games helped him to improve his English and mathematical skills.

"We have to recognise and complete the English words and do calculations correctly to win the game. As my computer games scores improved, so did my examination marks," he said.
(From left) 

Mardina Mohd  Shahiruddin, Nurain Balqis Muhammad Hilmi and Nur Aina 

Akmal watch as Wan Muhammad Hafizuddin Wan Latif shows his prowess at 

the state-level Malaysian Cybergames Festival 2010 held at the 

Terengganu state library yesterday. — NST picture by Satiman 

Jamin
(From left) Mardina Mohd Shahiruddin, Nurain Balqis Muhammad Hilmi and Nur Aina Akmal watch as Wan Muhammad Hafizuddin Wan Latif shows his prowess at the state-level Malaysian Cybergames Festival 2010 held at the Terengganu state library yesterday. — NST picture by Satiman Jamin
Nur Aina said she spent up to six hours a day during weekends to hone her game-playing skills.

"When I came across words that I did not know, I would refer to the dictionary as I could not reach the next level of the game until I knew the words that the computer asked me to complete," she said.

Skilled as they were, they were beaten by SK Sri Budiman for the top spot and the opportunity to represent the state in the national-level competition to be held in Cyberjaya later this year.

Cyberview Sdn Bhd, Multimedia Development Corporation and Advanced Micro Devices Malaysia jointly organised the festival to promote an innovative teaching tool.






2010/04/05

JERTIH: Seorang pelajar terpaksa menamatkan pengajian selepas tiga bulan menjejak kaki di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim akibat dijangkiti virus kencing tikus atau Letosferosis, Oktober lalu, gembira apabila permohonannya memasuki semula UPSI diluluskan dan pengajian bermula 4 Julai ini.

Akibat penyakit itu, kedua belah kaki dan tangan kiri dari pergelangan tangan Wan Aini Wan Ibrahim, 21, dipotong dan terpaksa menggunakan sepasang kaki palsu yang bakal dihadiahkan Badan Kebajikan Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Baharu, Kelantan ketika mengikuti kelas, kelak.
Wan Aini dari Kampung Durian Telor, Hulu Besut, di sini, adalah pelajar semester satu UPSI yang terpaksa menangguhkan pengajian selepas terlantar di Hospital Kota Bharu (HKB), Kelantan pertengahan tahun lalu, akibat diserang Letosferosis ketika tinggal di asrama universiti berkenaan.
Mulanya saya demam dan mendapat rawatan di Hospital Tanjung Malim, tetapi selepas tiga hari, penyakit semakin serius menyebabkan saya koma selama 17 hari.

Kemudian saya dipindahkan ke HKB bagi rawatan lanjut sehingga pihak hospital memotong kedua-dua belah kaki dan bahagian tangan kiri kerana dijangkiti virus itu, katanya selepas menerima sumbangan peribadi daripada Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin yang juga penasihat Agama Perdana Menteri.

Wan Aini yang berkerusi roda ditemani bapanya, Wan Ibrahim Abdullah, 64, dan ibunya Habsah Muda, 49, menerima sumbangan itu sempena majlis turun padang Dr Abdullah di Kampung La, Hulu Besut, semalam

 

 

 Binaan zaman perang Jepun perlu dikekal nilai sejarah


KUANTAN: Beberapa kubu lama peninggalan zaman perang Jepun dan darurat di sekitar bandar ini yang sepatutnya boleh dijadikan warisan sejarah dan tarikan pelancongan kini terbiar tanpa penjagaan sewajarnya.

Terletak pada kedudukan strategik berdekatan simpang jalan dan pesisir pantai, kubu yang dipercayai dibina pada zaman perang itu sudah tentu menyimpan sejarah tersendiri.
Bagaimanapun, kubu yang suatu masa dulu menjadi tempat perlindungan daripada serangan musuh kini tidak lagi dipedulikan, sebaliknya ditinggalkan dalam keadaan semak samun dan digenangi air.
Tinjauan Edisi Timur ke beberapa kubu terbabit mendapati satu daripadanya sudah ditenggelami air kerana kedudukannya agak rendah daripada jalan raya yang sudah beberapa kali diturap.

Sebuah kubu lama di pantai peranginan Teluk Cempedak yang menjadi tumpuan pelancong sudah dibaik pulih di bahagian luarnya dengan lapisan simen baru tetapi di bahagian dalamnya penuh dengan sampah sarap.

Seorang pengunjung, Norlaili Megat Kamaruzzaman, 24, berkata kedudukan kubu berkenaan amat strategik kerana ia menghadap Laut China Selatan dan ia boleh dijadikan satu tarikan pelancong ke pantai itu.

"Walaupun pihak berkuasa tempatan sudah mengambil inisiatif membersihkan bahagian luarnya yang sebelum ini begitu usang dengan lapisan simen baru, tetapi bahagian dalamnya amat mengecewakan kerana penuh dengan sampah dan tiada papan tanda dan maklumat mengenainya.
"Sepatutnya, dibina pintu yang sesuai pada laluan masuk ke dalam kubu bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembuangan sampah, katanya.

Beliau berkata, pantai Teluk Cempedak menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara pada hujung minggu dan kubu itu adalah sebahagian tarikan sebagai warisan tinggalan sejarah.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa tempatan boleh mengambil inisiatif memasang papan mengandungi maklumat ringkas mengenai kubu berkenaan, sekurang-kurangnya untuk pengetahuan generasi muda.

"Saya pernah lihat pelancong asing mendekati kubu berkenaan dan mengintai dari celah lubang untuk melihat di dalamnya tetapi kemudian terus beredar apabila mendapati ia menjadi tempat pembuangan sampah," katanya.

Tinjauan ke sebuah kubu lama di simpang masuk ke Permatang Badak dekat sini, juga mendapati keadaannya begitu daif dan terbiar dengan bahagian luarnya dilitupi lumut.

Selain keadaan sekitarnya bersemak dengan lalang dan tumbuhan meliar, bahagian dalamnya dipenuhi dengan air, walaupun pada musim kemarau sekarang.

Apa membimbangkan penduduk di sekitar itu ialah jika dibiarkan tanpa penjagaan boleh menyebabkan berlaku penyebaran wabak penyakit seperti denggi yang berpunca daripada pembiakan nyamuk Aedes dan boleh mengancam kesihatan penduduk.

Seorang pengunjung pantai rekreasi itu, Izzayati Husna Ahmad, 20, berharap tinggalan sejarah itu dibaik pulih kerana ia menyimpan kisah bersejarah pada zaman perang dan darurat.

"Tidak ramai di kalangan generasi muda hari ini tahu mengenai peperangan yang pernah dilalui generasi terdahulu, katanya.

 

 

Polis siasat kes pemuda dipukul

2010/04/04
SETIU: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pemuda dipukul sehingga terpaksa dirawat dua hari di hospital selepas dilarikan dan dibelasah sekumpulan lelaki apabila disyaki terbabit dalam insiden membakar kereta seorang ahli kumpulan itu, 14 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Shaikh Othman Abdul Hamid, berkata beliau mengarahkan dua fail siasatan dibuka berhubung insiden itu iaitu kerana membakar kenderaan dan mendatang kecederaan yang membabitkan mangsa.

Menurutnya, mungkin berlaku salah faham berikutan dakwaan mangsa bahawa polis tidak menerima laporan kejadian dia dipukul kerana polis yang membuat laporan berikutan kejadian itu sementara mengarahkan mangsa mendapatkan rawatan terlebih dulu.

“Kita mengutamakan keselamatannya dan memberi rawatan, malah mengawasinya ketika dia di hospital sebelum dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian membakar kereta kerana kita juga menerima laporan mengenai kes membakar kereta.

“Dia antara yang disyaki,” katanya mengulas laporan Harian Metro semalam berhubung dakwaan seorang lelaki dilarikan dari rumahnya dan dipukul sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan mangsa selepas disyaki terbabit dalam kejadian membakar kereta seorang anggota kumpulan mereka.
Mohd Hamdan Mat Yazid, 44 dari Sungai Tong, di sini, kecewa kerana selepas dipukul kumpulan lelaki berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam 14 Mac lalu, dia diselamatkan seorang rakan yang kemudian membawanya ke Balai Polis Sungai Tong, di sini, untuk membuat laporan, namun diarah menjalani rawatan.

Dia mendakwa mendapatkan rawatan di Hospital Setiu selama dua hari dan pada masa sama isterinya yang ingin membuat laporan polis kerana beliau dilarikan kumpulan lelaki itu tidak dibenarkan berbuat demikian hinggalah dia dibenarkan keluar dari hospital.

Bagaimanapun, penderitaannya tidak berakhir di situ kerana selepas keluar hospital, dia ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian bakar kereta yang dipercayai ada kaitan dengan seorang daripada ahli kumpulan yang memukulnya.

Dia dan rakan yang menjemputnya dari hospital itu ditahan kerana disyaki terbabit dan pada masa sama, dia mendapat tahu rakannya, Mohd Raki Mustaffa, 47, turut cuba dilarikan pada malam dia dipukul tetapi berjaya melarikan diri sebelum kumpulan itu bertandang ke rumahnya.

 

 

YT rancang buka 4,000 hektar ladang sawit

KUALA TERENGGANU: Yayasan Terengganu (YT) akan membuka sebuah ladang kelapa sawit seluas 4,000 hektar dalam masa terdekat yang akan menjadi sumber dana tambahan bagi membolehkan yayasan itu membantu anak negeri dalam pelbagai bidang terutama pendidikan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata dengan adanya ladang itu nanti, YT boleh menggunakan hasil pendapatan jualan kelapa sawit untuk membiayai programnya, termasuk memberi pinjaman dan biasiswa kepada pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran, tanpa terlalu bergantung kepada dana kerajaan negeri.
Katanya, kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan tanah sesuai untuk diberikan kepada YT bagi dimajukan dengan tanaman berkenaan.
"Ketika ini YT membiayai pelbagai programnya, termasuk menyediakan kemudahan pinjaman dan biasiswa kepada pelajar cemerlang menerusi peruntukkan disalurkan kerajaan negeri yang mana sebahagian besarnya dijana daripada hasil royalti minyak.

"Pelaburan dalam sektor pertanian ini adalah sebagai persiapan kalau satu hari nanti rizab minyak kehabisan dan kerajaan negeri tidak lagi mampu menyalurkan peruntukkan kepada YT," katanya selepas merasmikan pelancaran 201052 'Terengganu Anjung Ilmu' di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

Program 201052 ialah meningkatkan peratus kejayaan pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran iaitu 20 peratus bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) 10 peratus, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lima peratus dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dua peratus.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, setakat ini YT sudah membelanjakan sejumlah RM1.4 bilion untuk pelbagai program untuk rakyat negeri ini, termasuk memberi bantuan persekolahan, hadiah kecemerlangan pendidikan dan pinjaman perniagaan, biasiswa dan pinjaman pendidikan sejak penubuhannya pada 1972.
Bagaimanapun, katanya sejak tiga tahun lalu YT menukar pinjaman pelajaran diambil anak negeri untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan tempatan dan luar negara menjadi biasiswa jika mereka mendapat ijazah kepujian kelas pertama.

"Tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM108 juta kepada YT untuk penajaan, pinjaman pelajaran, biasiswa dan pinjaman perniagaan," katanya.

Sempena pelancaran program Terengganu Anjung Ilmu, Menteri Besar turut menyaksikan lintas langsung perjalanan peperiksaan secara online bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik membabitkan 10 kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam Kuala Terengganu.

Beliau juga menyampaikan geran pendidikan berjumlah RM20,000 dan RM40,000 kepada 18 sekolah menengah termasuk tiga sekolah menengah Imtiaz di negeri ini.

Hadir sama pada pelancaran itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong dan Ketua Sektor Pembangunan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Zuber Embong.




Timur: Pencuri ceroboh masjid

  <strong>PINTU tingkap bilik imam dan bilal yang diumpil oleh

 seseorang bertujuan untuk mencuri.</strong>
.
Pelbagai kemudahan termasuk kepala paip dicuri sukarkan jemaah beribadat

KERTIH: Kegembiraan lebih 1,000 jemaah Masjid Kampung Batu Putih di sini untuk kembali menunaikan solat berjemaah di masjid kampung mereka yang baru dibaik pulih, terbantut kerana 30 kepala paip tembaga dicuri menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama untuk berwuduk.
Selepas terpaksa bersesak di masjid lama apabila sebahagian bumbung masjid itu runtuh lima bulan lalu hanya selepas setahun digunakan, khabar mengenai kerja pembaikan selesai dan masjid itu sedia digunakan semula sejak tiga minggu lalu menceriakan penduduk, tetapi kegembiraan itu tidak kekal lama kerana mereka masih terpaksa menanggung kesusahan untuk berwuduk dan menggunakan tandas.
Tinjauan Edisi Timur ke kawasan itu mendapati selain kepala paip dicuri, pintu stor di bahagian menara masjid turut dipecahkan dan tingkap bilik imam dan bilal juga turut diumpil pencuri.

Bilal masjid itu, Wan Abdullah Wan Daud, 46, berkata kehilangan kepala paip dan pelbagai peralatan lain di masjid itu menyukarkan penduduk menunaikan solat berjemaah terutama solat Jumaat.

"Kami kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pencuri yang dipercayai penagih dadah di daerah ini kerana tergamak mencuri di masjid hingga menyusahkan orang ramai.

"Bagi mengelak jemaah terpaksa menunggu lama untuk berwuduk kerana hanya ada 10 paip saja yang masih boleh digunakan, ramai di kalangan mereka yang bersolat di masjid ini terpaksa mengambil air sembahyang lebih awal di rumah atau pejabat," katanya yang berharap pihak berkaitan dapat mengatasi segera masalah itu.
Sementara itu, mengulas mengenai struktur bumbung yang baru dibina semula, seorang jemaah, Mohd Fauzi Salleh, 35, berkata mereka yakin kejadian lima bulan lalu tidak berulang lagi kerana mutu dan bahan binaan yang digunakan lebih berkualiti berbanding sebelumnya.

Pada kira-kira jam 8 pagi 2 Oktober lalu, penduduk Kampung Batu Putih gempar apabila sebahagian besar bumbung masjid berkenaan yang tidak sampai setahun digunakan, runtuh menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia yang baru memulakan kerja pembaikan bumbung masjid berkenaan cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan akibat ditimpa runtuhan atap genting dan struktur keluli.

Akibat runtuhan itu, masjid bernilai RM2.1 juta itu tidak dapat digunakan, malah satu majlis akad nikah yang dirancang diadakan di situ kira-kira jam 11 pagi terpaksa dipindahkan ke sebuah masjid lain yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

Kejadian bumbung runtuh itu adalah yang kedua seumpamanya selepas sebahagian besar bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh 2 Jun lalu.



Tiga penguat kuasa MBKT nyaris ditetak

 19.3.2010

KUALA TERENGGANU: Tindakan pantas seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengunci pintu keretanya dari dalam, menyelamatkannya dan dua rakan setugas daripada ditetak seorang lelaki bersenjatakan parang di Kuala Ibai di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, Pembantu Penguat Kuasa MBKT, Ahmad Awang bersama dua anggota, Ahmad Fakhzan Yusof, 29, dan Mohd Shafli Jusoh, 24, dalam perjalanan pulang ke pejabat di Stadium Negeri selepas melakukan rondaan di sekitar kawasan Masjid Tengku Tengah Zaharah. Ketika tiba ke kawasan lampu isyarat Kuala Ibai, kereta rasmi pasukan penguat kuasa MBKT dihampiri dua lelaki menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dan pemboncengnya yang bersenjatakan sebilah parang secara tiba-tiba cuba membuka pintu kereta berkenaan. Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit dapat dihalang apabila Mohd Shafli yang memandu kereta berkenaan bertindak pantas menutup semula pintu serta menguncinya dari dalam.

Kecewa akibat gagal membuka pintu, lelaki itu bertindak menetak dan memecahkan cermin depan kereta tetapi tiada kecederaan dialami tiga anggota penguat kuasa MBKT berkenaan.


Mohd Shafli yang tiga tahun berkhidmat sebagai anggota penguat kuasa MBKT tidak menolak kemungkinan tindakan dua lelaki itu disebabkan tidak berpuas hati kerana 20 minit sebelum kejadian, beliau dan rakannya yang melakukan rondaan di Pantai Batu Buruk cuba menasihatkan seorang peniaga minuman menggunakan motosikal roda tiga supaya tidak menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.


Beliau berkata, ketika menghampiri peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen itu, lelaki berkenaan tergesa-gesa melarikan diri menyebabkan balang air terjatuh dan pecah.

“Walaupun berdepan pengalaman agak mencemaskan itu, ia tidak mematahkan semangat untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab diamanahkan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MBKT, Samiun Salleh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan tiga kakitangannya sudah membuat laporan polis.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut dijalankan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Deputi Superintendan Harry Chung.

Katanya, polis telah mengenal pasti identiti dua lelaki terbabit termasuk mengesan melalui nombor pendaftaran motosikal dinaikinya.

Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah