Jumaat, 16 Julai 2010

Suasana sayu iringi pertemuan semula bekas pelajar SRTM

Jertih: Pertemuan semula dengan rakan yang sudah lama terpisah, samada  ketika di bangku sekolah, universiti dan tempat kerja selalunya akan mewujudkan suasana harmoni dan syahdu sekaligus mencipta seribu kenangan.
        Justeru, ada pihak yang sanggup bersusah payah berusaha mencari rakan dan kenalan lama terpisah untuk membina semula silaturrahim dengan pertemuan semula, biarpun berlangsung hanya seketika.
        Apbila pertemuan sebegitu berlangsung, sudah pasti banyak kisah lama yang terungkit kembali dan tanpa disedri sudah pasti ramai yang tidak dapat menahan perasaan dan air mata tidak dapat dibendung lagi.
       Itulah sebahagian daripada suasana yang dirakam pada program Jejk Kasih 33 Tahun Sekolah Rendah Tengku MAhmud (SRTM) di sini, anjuran Alumni SRTM 1972-1977 yang diadakan di sebuah restoren Kampung Air Tawar dekat sini baru-baru ini.

      Pada majlis itu lebih 60 orang bekas pelajar dan guru yang pernah belajar dan mengajar di sekolah berkenaan hadir bagi memeriahkan program yang julung kali diadakan bagi menemukan mereka.
      Penyelaas Aluni SRTM 7277, Abd Halim JUsoh, berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua bulan untuk mendapatkan maklumat mengenai bekas pelajar dan guru sekolah itu sebelum mereka dapat dihubungi.
     Abdul Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, berkata, biarpun sibuk dengan tugas harian sebagai wakil rakyat, beliau sanggup berusaha untuk mengesan bekas rakan ketika menuntut di sekolah berkenaan demi menyambung semula tali persahabatan.
    Paling menggembirakan ialah ramai beas pelajar sekolah itu yang berjaya dan mencipta nama termasuk Suhaimi Abu BAkar yang kini adalah seorang Profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Ahmad Izanee Awang, Pendaftar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Kuantan serta Wan Kama Azmi Wan HAssan, Salasiah Awang dan Nirma Nasir yang menjawat jawatan penting di Exxon Mobile.
   Abdul Halim berkata, sempena pertemuan itu, cendera mata khas diberikan kepada guru yang pernah mendidik mereka sehingga membolehkan mereka berjaya menyandang jawatan dalam kerajaan dan juga swasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan