Jertih: Pertemuan semula dengan rakan yang sudah lama terpisah, samada ketika di bangku sekolah, universiti dan tempat kerja selalunya akan mewujudkan suasana harmoni dan syahdu sekaligus mencipta seribu kenangan.
Justeru, ada pihak yang sanggup bersusah payah berusaha mencari rakan dan kenalan lama terpisah untuk membina semula silaturrahim dengan pertemuan semula, biarpun berlangsung hanya seketika.
Apbila pertemuan sebegitu berlangsung, sudah pasti banyak kisah lama yang terungkit kembali dan tanpa disedri sudah pasti ramai yang tidak dapat menahan perasaan dan air mata tidak dapat dibendung lagi.
Itulah sebahagian daripada suasana yang dirakam pada program Jejk Kasih 33 Tahun Sekolah Rendah Tengku MAhmud (SRTM) di sini, anjuran Alumni SRTM 1972-1977 yang diadakan di sebuah restoren Kampung Air Tawar dekat sini baru-baru ini.